Want your own Fotopage?

|
|
KRT Bandar Puteri Jaya Seksyen 3
 By: Rukun Tetangga Seksyen Tiga BPJ
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[Archive]
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Dec-2009 01:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
IBADAH QURBAN 2009
|
|
Tarikh: 30 November 2009
Tempat: Surau Ibnu Sina, Seksyen 3 Bandar Puteri Jaya.
Aturcara Majlis:
8.00 pagi: Sembelihan qurban
9.00 pagi: Melapah, memotong, pembahagian & membersih daging qurban.
11.30 pagi: Memasak makan tengah hari/Makan tengah hari
1.00 tgh hari: Solat Zohor
2.00 petang: Persiapan memasak untuk jamuan petang.
4.20 petang: Solat Asar
5.00 petang: Jamuan makan
7.00 malam: Bersurai/Solat Maghrib
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Aug-2009 15:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kemerdekaan Ke 52
|
|
Salam Perpaduan, Salam Muhibah
Ahli Jawatankuasa KRT Bandar Puteri Jaya Seksyen 3 mengucapkan,
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52
kepada semua warga KRT BPJ S3 dan rakyat Malaysia. Semoga keamanan, kestabilan, kerjasama, perpaduan & persefahaman yang terjalin dalam komuniti dan negara akan terus subur dan berkekalan selama-lamanya...
Pengerusi KRT BPJ S3
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Aug-2009 14:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RISALAH RAMADHAN
|
|
RISALAH RAMADHAN - BIRO AGAMA KRT BPJ SEKSYEN 3
" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang "
Ramadhan merupakan bulan ke 9 dalam kalender Islam dan diambil dari bahasa Arab yang bermaksud panas terik. Pada bulan ini juga semua umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan sebagai memenuhi kewajipan rukun Islam.
Allah swt berfirman, maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Surah al-Baqarah:183)
Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan ibadah puasa kita “agar kamu bertaqwa”. Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang hamba.
Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:
“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
Pada bulan ini juga Allah telah menganugerahkan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitulah malam Lailatul Qadar. Beruntunglah orang yang menemui malam ini dan marilah kita berebut mencarinya.
Justeru, marilah kita berdoa agar kita dapat meningkatkan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan seterusnya dapat bertemu dengan Allah di akhirat nanti dengan jemputan masuk melalui pintu al-Rayyan yang dikhususkan bagi orang-orang yang berpuasa.
Sekian jazakumullah.
Niat Puasa
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"
Syarat-syarat wajib puasa ada empat perkara:
• Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
• Sampai umur - kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa.
• Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.
• Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.
Syarat-syarat sah puasa ada enam perkara:
• Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.
• Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz.
• Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.
• Berniat tiap-tiap malam.
• Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.
• Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa.
Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa adalah:
• Menyegerakan berbuka puasa manakala telah yakin masuk matahari.
• Berbuka puasa dengan buah tamar atau benda-benda manis, dan jika tidak didapati dengan air.
• Membaca do'a yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
• Makan sahur
• Menta'khirkan (melambatkan) makan sahur, tetapi janganlah sampai masa yang disyak naik fajar.
• Mandi kerana mengangkat hadath besar sebelum fajar.
• Membanyakkan bersedekah dan ibadah seperti membaca Al-Quran, sembahyang sunat seperti Tarawih dan Witir.
• I'tikaf di masjid.
Perkara-pekara yang makruh dilakukan oleh orang yang berpuasa adalah:
• Menggosok gigi selepas gelincir matahari.
• Merasa makanan-takut sampai ke rongga.
• Memamah sesuatu-kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
• Mencium atau mengkucup isteri.
• Banyak berkumur-kumur.
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini:
• Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
• Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
• Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
• Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
• Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
• Kedatangan haid atau nifas.
• Gila sekalipun hanya sekejap masa.
• Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
• Bersalin.
• Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:
• Jangan banyak berludah.
• Jangan membuang masa dengan berbual-bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah.
• Menghindar diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
• Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram.
• Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut dan kotor.
• Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki dari berjalan ke tempat-tempat maksiat.
• Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka.
• Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
• Jangan banyak tidur, terutamanya pada siang hari.
| Quote: | | Disediakan oleh Ustaz Yushaimi Bin Yusuff (Penolong Setiausaha KRT BPJ Seksyen 3 | - Administrator FP
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Aug-2009 13:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SAMBUTAN AWAL RAMADHAN 1430H
|
|
PROGRAM: SAMBUTAN AWAL RAMADHAN
TARIKH: 25 SYAABAN 1430H
TEMPAT: SURAU IBNU SINA, SEKSYEN 3
ANJURAN: BIRO AGAMA KRT BPJ SEKSYEN 3 & AHLI JAWATANKUASA SURAU IBNU SINA
Adalah diharapkan Ramadhan kali ini akan membawa seribu keberkatan kepada semua penduduk Seksyen 3, Bandar Puteri Jaya.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Jul-2009 08:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LATAR BELAKANG KRT BPJ SEKSYEN 3
|
|
Lokasi KRT BPJ Seksyen 3
PENGENALAN
KRT BPJ Seksyen 3 atau nama lengkapnya Kawasan Rukun Tetangga Bandar Puteri Jaya Seksyen 3, telah mendapat notis penetapan pada 27 April 2009 (Notis: RT 02044378). Terletak di seksyen 3 Bandar Puteri Jaya, sebuah penempatan yang dimajukan oleh OSK Properties Sdn. Bhd. di Bandar Sungai Petani, Kedah.
OBJEKTIF
Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan serta berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
VISI
Menjadi sebuah pertubuhan komuniti yang unggul dalam usaha melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berwawasan, dan berdaya maju.
MISI
Memupuk kesefahaman dan toleransi melalui jalinan hubungan dan interaksi sosial ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional.
LOGO
Asas warna yang digunakan selaras dengan warna logo Rukun Tetangga yang digunakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Dua bulatan melambangkan sasaran atau matlamat KRT BPJ Seksyen 3 yang perlu dicapai oleh seluruh penghuni seperti mana yang dinyatakan dalam VISI, MISI dan juga OBJEKTIF penubuhan. Dua barisan manusia melambang kekuatan, perpaduan, dan toleransi semua penghuni di dalam kawasan seksyen 3 BPJ. Moto diletakkan ditengah bulatan agar menjadi pegangan penghuni dalam kehidupan seharian.
CARTA ORGANISASI
MOTO
BETUL SIKAP BETUL SEMUA.
|
|
|
|
|
|
|
[Archive]
|
|
 |
|